Analisa Trafik Cara Rahsia Zango

Apabila habis membaca ebook Rahsia Zango yang dihadiahkan oleh Alang kepada saya, perkara pertama yang terlintas di fikiran saya ialah… adakah benar cara yang diajar dapat membawa trafik yang banyak ke laman web yang saya bina, dalam masa yang singkat dan trafik yang dibawa ke laman web saya memang berminat dengan apa yang saya tawarkan.

Hasilnya boleh saya tunjukkan di bawah selepas 8 hari mempromosikan laman web yang saya maksudkan.

zangocash.gif

Purata 818 pelawat setiap hari!

[Nota* Jika anda ingin mengetahui program CPA Zango Cash ini dengan lebih lanjut lagi, sila lawati http://www.zangocash.com/?ref_id=28028 ]

Sehingga sekarang, laman web ini mendapat trafik yang konsisten seperti yang anda lihat di atas. Ada kalanya trafik melebihi apa yang anda lihat di atas apabila pelawat berpusu-pusu ke laman web untuk mendapatkan ‘update’ terbaru daripada laman web ini.

Yang menariknya, kesemua trafik yang anda lihat di atas datangnya daripada promosi percuma yang saya lakukan di beberapa laman web yang benar-benar disasarkan untuk pasaran laman web yang saya bina ini.

Oh ya… bagi yang kurang arif, anda boleh lihat di bahagian “Unique Visitors” untuk mengetahui berapa ramai orang datang ke laman web ini pada hari-hari tertentu.

Untuk laman web yang cuma dipromosikan bermula 11 Ogos lalu, saya berpuas hati dengan keputusan yang saya lihat di atas. Siapa tidak gembira jika hampir 700 orang sudah melawati laman web saya selepas satu hari promosi? Dan promosi percuma pulak tu… :)

Secara ikhlasnya, saya masih lagi melihat bagaimana laman web ini boleh menjana pendapatan selain daripada Zango. Mungkin saya akan pasang program CPA (Cost Per Action) yang lain, atau mungkin saya akan gunakan Zango. Tetapi selepas membaca dan menonton video Affiliate Payload, saya nampak peluang untuk menjana pendapatan daripada projek sebegini masih luas.

Jadi saya harap ini akan menjadi satu lagi niche yang baru (dan menarik) untuk saya.

Dan sebagai promosi ebook Rahsia Zango yang dijual oleh Alang, saya ingin tawarkan sesuatu yang istimewa kepada anda. Jika anda buat pesanan ebook Rahsia Zango ini melalui link di bawah, saya akan berikan Wordpress Theme yang saya telah ubahsuai dan saya sendiri gunakan untuk membina laman web rahsia saya ini. Cuma email bukti pembelian anda kepada saya dan saya akan berikan Wordpress Theme ini secepat mungkin.

http://www.rahsiazango.com/index.php?ref=specialoffer

ikhlas,

Zamri Nanyan

Cabaran dan Rintangan Perniagaan Produk Fizikal di Internet

Cabaran dan Rintangan Perniagaan Produk Fizikal di Internet
oleh Zamri Nanyan

Walaupun saya lebih suka kepada penjualan produk digital di internet, ini tidak bermaksud saya mengabaikan produk fizikal. Ada masa dan ketikanya saya akan menjual produk fizikal kepada pelanggan.

Sebagai contoh, saya ada menjual buku “The Ultimate Blueprint Of Internet MLM Success” dan juga CD “Info Millions“.

Buku “The Ultimate Blueprint Of Internet MLM Success” juga ada dihantar ke Amazon.com untuk dijual ke pasaran antarabangsa. Jadi, serba sedikit, saya perolehi pengalaman menjual produk fizikal yang mana cabaran dan kekangannya berbeza daripada menjual produk digital.

Di antara cabaran dan rintangan penjualan produk fizikal ialah:

1. Proses Pembungkusan Dan Penghantaran

Proses pembungkusan dan penghantaran produk terpaksa dilakukan secara manual. Bagi mereka yang menjalankan perniagaan produk fizikal ini secara perseorangan, proses ini perlu dilakukan sendiri dan sekiranya pesanan yang diterima terlalu banyak, ianya akan menjadikan anda sibuk seharian untuk membungkus dan menghantar produk. Jika anda mempunyai pembantu, sedikit-sebanyak mereka dapat menolong anda meringankan beban.

2. Pengurusan Inventori

Bagi produk fizikal yang sedia ada, contohnya buku yang saya jual, proses mencipta produk sudah pun dilakukan terlebih dahulu oleh pihak lain. Tetapi, bagi produk yang memerlukan anda menciptanya sendiri terlebih dahulu, ianya akan menambahkan satu lagi bebanan kepada anda.

CD “Info Millions” yang saya jual adalah contoh termudah untuk anda kaji. CD tersebut akan disalin dari sumber asalnya sebelum ianya dapat dibungkus dan dihantar kepada pelanggan.

Untuk mengatasi lambakan produk, saya akan buat salinan cuma apabila pesanan diterima. Tip ini penting bagi mengatasi masalah inventori dan konsepnya adalah seperti “print on demand” atapun “produk cuma dicipta apabila ada pesanan”. Konsep ini juga banyak dipraktikkan oleh usahawan internet ternama seperti Patric Chan dan juga Mike Filsaime.

3. Margin Keuntungan Yang Selalunya Rendah

Perlu dinyatakan bahawa bukan semua produk fizikal mempunyai peratusan keuntungan yang tinggi. Berbeza dengan penjualan produk digital yang mampu memberikan keuntungan sehingga 100%, penjualan produk fizikal mungkin tidak dapat memberikan keuntungan sebegitu.

Sebagai contoh, keuntungan jualan sebuah buku “The Ultimate Blueprint Of Internet MLM Success” kepada pelanggan di Malaysia cuma mencecah 50% maksima. Dalam nilai ringgit Malaysia, keuntungannya cuma RM14.95 untuk sebuah buku.

Namun, ini belum lagi dikira kos masa dan tenaga untuk penghantaran. Jika dicampur aduk kesemuanya, sudah pasti peratusan keuntungan tersebut menurun.

Walaubagaimanapun, ini tidak bermakna penjualan produk fizikal tidak dapat menandingi keuntungan jualan produk digital. Sebagai contoh, harga promosi CD “Info Millions” ialah RM110. Kos kewangan cuma RM3 untuk penghantaran dan RM0.30 untuk cetakan CD. Dari sini anda dapat lihat bahawa keuntungannya boleh menjadi berlipat kali ganda.

Bagi sesetengah orang berpendapat bahawa ianya mustahil untuk menjual CD sebegini mahal tetapi barang yang sebenarnya dijual untuk “Info Millions” atau produk sebegini bukanlah sekeping CD, tetapi sebuah ilmu yang nilainya tidak boleh diletakkan dalam nilai wang ringgit.

Kesimpulannya, menjual produk digital juga boleh menjana keuntungan yang lumayan kepada anda.

4. Pengesahan Pembelian Yang Tepat

Kebanyakan medium pembayaran bagi produk tempatan dilakukan secara “bank-in” atau memasukkan wang ke dalam akaun bank penjual sebelum produk dapat dihantar.

Jika produk digital dijual, ianya kurang menjadi masalah sekiranya ada individu yang menyatakan bahawa pembayaran sudahpun dibuat walaupun beliau tidak melakukannya. Ini kerana kos penghantaran produk digital boleh dikatakan sifar berbanding produk fizikal. Jika anda tersilap hantar produk digital kepada pelanggan anda, anda mungkin cuma menghabiskan masa dan tenaga anda menghantar pautan (link) untuk muatturun produk. Tetapi jika anda tersilap hantar produk fizikal kepada pelanggan yang menipu, anda sudahpun mengeluarkan kos produk dan penghantaran kepada mereka tanpa mendapat sebarang keuntungan.

Jualan palsu sebegini mungkin tidak selalu berlaku tetapi ianya akan berlaku sekiranya anda mendapat jualan yang banyak pada sesuatu masa dan beberapa pembeli tidak memberikan bukti kukuh pembelian mereka.

Oleh itu, pengesahan dan semakan pembelian yang tepat perlu dilakukan untuk memastikan anda tidak tertipu dengan mereka yang cuba mencari ruang untuk mendapatkan produk percuma daripada anda.

5. Bukan Semua Produk Sesuai

Akhir sekali, bukan semua produk fizikal sesuai dijual melalui internet.

Walaupun kita pernah mendengar kereta BMW atau hartanah dijual di internet di luar negara, perkara sebegini belum lagi berlaku secara meluas (atau tidak berlaku langsung) di negara kita. Mungkin bukan disebabkan produk sebegini tidak dapat dijual tetapi secara purata pasaran tempatan belum lagi bersedia dengan medium jualan sebegini.

Lagipun, pasaran tempatan masih lagi kecil untuk kita memfokuskan jualan produk seperti yang saya nyatakan di atas. Walaupun mungkin ada orang atau syarikat yang berani membeli sebuah kereta di internet berdasarkan keterangan di laman web dan testimoni yang meragukan, secara majoritinya, ramai lagi yang lebih selesa memilih untuk membeli secara bersemuka di kedai atau premis jualan.

Kesimpulannya, jualan produk fizikal di internet tidaklah mustahil dan sekiranya kena dengan cara dan gayanya, anda dapat menjana pendapatan yang lumayan.

Laman web seperti lelong.com.my dan ebay.com adalah contoh di mana ramai usahawan internet yang menjual produk fizikal di internet. Ini membuktikan bahawa memang ada pasaran bagi produk fizikal. Jika menjual produk fizikal menjadi kegemaran anda, anda boleh dapatkan ebook “Kuasa Lelong” untuk mempelajari kaedah menjual produk fizikal di internet.

Ebook Kuasa Lelong boleh diperolehi di http://simurl.com/kuasa-lelong

Mengenai Penulis

Zamri Nanyan mula berkecimpung di dalam perniagaan Internet sejak tahun 2003. Internet juga memberikan Zamri kebebasan untuk meluahkan fikiran beliau, menambah ramai kenalan dari serata dunia dan menjana pendapatan pada masa yang sama. Beliau berasa puas sekiranya dapat membantu lebih ramai orang membongkar rahsia menjana pendapatan melalui Internet. Lawati laman web beliau di http://www1.BisnesDigital.com untuk mengenali Zamri Nanyan dengan lebih dekat.

===============================================
*nota: Anda dibenarkan untuk menyalin, menyebar dan meletakkan artikel ini di blog atau laman web anda selagi anda tidak mengubah isi kandungan artikel ini dan keterangan mengenai Zamri Nanyan di atas tidak dibuang. Anda juga dibenarkan untuk mengubah link “Bisnes Digital” kepada link affiliate and untuk menjana pendapatan sampingan daripada artikel ini.
================================================

Pakej Lengkap Perniagaan Internet (Versi DVD)

Pada perjumpaan WangCyber yang lalu, saya berasa bertuah kerana saudara Mohd Najib ada menghadiahkan sekeping DVD.

Nak tahu DVD apa?

Ianya ialah DVD bagi produk beliau yang sebelum ini dijual dalam bentuk “lihat di internet” (streaming).

monakas.gif

Produk tersebut ialah “Pakej Lengkap Perniagaan Internet” yang dijual di http://simurl.com/pakej-lengkap

Sebelum ini pun saudara Mohd Najib telah memberikan saya akses ke laman web beliau, dan saya memang telah menonton video-video yang beliau sediakan.

Namun saya faham, di Malaysia, talian internet bukanlah laju seperti di negara-negara maju yang lain. Jadi, masalah bagi pelanggan beliau untuk menonton secara online memang menjadi masalah yang perlu diselesaikan.

Saya rasa ini mungkin menjadi faktor terbesar mengapa beliau mengeluarkan produk “Pakej Lengkap Perniagaan Internet” ini di dalam bentuk DVD.

Dengan terbitnya “Pakej Lengkap Perniagaan Internet” dalam versi DVD ini, maka saya harap makin mudah untuk pembeli menonton video beliau walaupun secara offline.

“Pakej Lengkap Perniagaan Internet” mempunyai ebook dan juga video tutorial. Di antara kandungan ebook daripada produk ini ialah:

MODULE 1 - Asas Perniagaan Internet

MODULE 2 - Idea Perniagaan dan Kajian Pasaran

MODULE 3 - Pembinaan Laman Web Perniagaan

MODULE 4 - Surat Jualan dan Kandungan Laman Web

MODULE 5 - Proses Jualan Menerusi Internet

MODULE 6 - Automasi dan Sistem Perniagaan

MODULE 7 - Pemasaran Efektif Perniagaan Internet

MODULE 8 - Menjana Keuntungan Berterusan

Video yang disediakan oleh saudara Najib juga melebihi 11 jam dan saya rasa kesemua video ini sesuai ditonton oleh mereka yang baru ingin memulakan perniagaan internet.

Maklumat lanjut ada diberikan di laman web beliau dan anda boleh lawatinya di http://simurl.com/pakej-lengkap

perniagaan internet

Di dalam pakej ini juga, anda diajar bagaimana memasang sistem autoresponder (senjata maut untuk perniagaan internet) dan juga program affiliate. Disebabkan penerangan dilakukan melalui video, anda boleh lihat dan dengar sendiri bagaimana pemasangan sistem dan program ini dilakukan.

Lebih mudah memahami apa yang diajar dengan cara ini, bukan?

Cubalah sendiri dengan mendapatkan Pakej Lengkap Perniagaan Internet ini. Jika tidak berpuas hati dengan kandungan pakej ini, anda tidak perlu risau kerana jaminan wang dikembalikan juga ada disediakan.

Internet Millionaires Bootcamp

Mungkin tak ramai yang tahu bahawa laman web keahlian “Internet Millionaires Club” daripada Gobala Krishnan telahpun ditukarkan daripada keahlian bulanan kepada keahlian tahunan.Struktur affiliate yang ditawarkan juga ditukarkan kepada 2-tier di mana anda mendapat 40% daripada hasil jualan peribadi dan 10% daripada hasil jualan sub-affiliate anda.

Jadi, dengan hanya USD47 atau RM150 setahun, saya rasa ramai yang mampu untuk menjadi ahli kepada “Internet Millionaires Club“.

Daftar jadi ahli “Internet Millionaires Club” hari ini, dapatkan link affiliate anda dan promosikan kepada rakan-rakan usahawan internet yang lain. Anda mungkin dapat membina pendapatan tambahan daripada program affiliate 2-tier ini.

Tetapi hari ini saya ingin beritahu anda satu topik yang berlainan.

Sebelum ini Gobala ada juga memberi seminar kepada ahli “Internet Millionaires Club” tetapi beliau melakukannya bersama dengan beberapa lagi penceramah lain.

Hari Sabtu, 16 Ogos ini, Gobala akan menganjurkan satu bootcamp secara solo di mana beliau akan membongkar rahsia bagaimana beliau dapat menjana pendapatan 5 angka setiap bulan dari internet.

Internet Millionaires Bootcamp ini akan bermula pada 8:15 pagi sehingga pukul 6:00 petang.

Bukan setakat bootcamp sahaja, Gobala juga akan memberikan hadiah-hadiah istimewa yang lain seperti yang disenaraikan di bawah:

(1) “Cabutan Bertuah” berbentuk wang tunai

Hadiah Pertama: RM488
Hadiah Kedua: RM188
Hadiah Ketiga: RM88

Jika anda menang hadiah pertama, bermakna yuran bootcamp anda sudahpun dibayar. :)

(2) Buku terbaru beliau yang bertajuk “The New Millionaires”, siap ditandatangan oleh beliau sendiri. Buku ini berharga RM39.90 jika anda membelinya di kedai-kedai buku di luar sana.

(3) Keahlian PERCUMA “Internet Millionaires Club” selama setahun yang bernilai RM150.

 

(4) Premium Blog Webhosting selama 6 bulan dengan nilai RM153.

(5) Keahlian percuma “Web Graphics Monthly” selama setahun yang bernilai RM380.

(6) “E-Cover Action Scripts” yang bernilai lebih RM406.00

(7) Perisian “eWriterPro” yang bernilai RM32

Bagi yang belum menjadi ahli “Internet Millionaires Club” atau mempunyai buku “The New Millionaires” ini, bootcamp ini adalah jalan terbaik untuk anda berjimat daripada membeli yuran keahlian dan buku beliau.

Saya sarankan anda melawati laman web di bawah untuk mengetahui dengan lebih lanjut lagi tentang seminar ini.

www.MalaysianRevolution.com

Seperti Perjumpaan WangCyber yang lepas, kuota peserta untuk Internet Millionaires Bootcamp juga sudah hampir penuh. Sekiranya tempat duduk penuh, anda akan ketinggalan untuk menyertainya.

Sebelum itu, pastikan anda mengisi borang web yang disediakan apabila anda melawat laman web yang diberikan di atas.

(nota*** jika anda gunakan link di atas untuk sertai Internet Millionaires Bootcamp, sila email kepada saya nama, alamat dan nombor talipon anda kerana saya ada hadiah misteri untuk diberikan kepada anda)

Petikan Daripada “Mentor Jutawan”

Kali ini saya bawa satu artikel daripada Dr Irfan Khairi mengenai ebook terbaru beliau “Mentor Jutawan”. Artikel ini merupakan petikan terus daripada ebook tersebut dan sekiranya anda mendapatkan ebook “Mentor Jutawan” pada hari ini, anda akan mempelajari lebih banyak maklumat berharga daripada ikon jutawan kita ini.

=================================
TIP PILIHAN: MENTOR JUTAWAN ANDA!
=================================

Sejak tahun lepas, saya telah diberi peluang untuk mengemudikan rancangan bicarawara radio saya sendiri; “Jutawan! bersama Irfan Khairi” di Radio 24, Bernama.

Di dalam artikel ini, adalah kumpulan 8 nasihat terpilih yang memaparkan ikon-ikon jutawan berkongsikan kisah, strategi dan tips bagaimana anda juga boleh mencapai kejayaan yang cemerlang.

Mentor Jutawan #1: Dato’ Dr. Fadzilah Kamsah (Motivator)
*Mengenai rahsia kejayaan perniagaan!

Untuk berjaya dalam apa perniagaan pun, kita mesti ada niche atau bidang yang kita pakar. Sebenarnya Irfan Khairi berjaya kerana pakar dalam bidang yang orang lain tidak nampak sebelum ini. Motivasi pula saya adalah antara kalangan yang tertua. Jadi kita jadi yang pioneer.

Satu lagi kita mesti ada satu bidang yang luar biasa dan orang lain perlukan. Ertinya kalau kita nak berniaga, kita perlu berniaga yang orang lain tak boleh nak beri. Jadi orang mendapatkan khidmat daripada kita.

Mentor Jutawan #2: Azizi Ali (Jurulatih Jutawan)
*Cara yang lebih bijak menjadi jutawan

Untuk menjadi seorang jutawan dengan cara yang lebih bijak adalah dengan adanya ‘multiple streams of income’. Ini bermakna wang kita yang masuk ke dalam kita punya akaun biar datang dari banyak aliran pendapatan.

Sebagi contoh saya sendiri di mana saya masih seorang juruterbang saya mendapat gaji saya setiap bulan tetapi saya juga mendapat royalti daripada hasil penulisan buku saya serta saya juga mendapat hasil daripada sewaan rumah saya. Saya juga mendapat dividen daripada beberapa pelaburan saya yang lain.

Saya juga tahu yang kebanyakan kenalan jutawan saya punyai MSI ini iaitu ‘Multiple sources of Income’. Dan untuk mendapatkan multiple inilah di mana kita perlu buat ‘after burner income’ di mana kerja itu sekali dan mendapat pulangannya datang berkali-kali.

Mentor Jutawan #3: Dato Dr Azman Ching (Jutawan Jualan Langsung)
*Mengenai matlamat

Hari ini kita hidup dalam dunia ni beberapa puluh tahun sahaja dan akhirnya kita akan meninggalkan dunia ini, tetapi manusia meninggal dengan meninggalkan nama. Tapi nama kita boleh ditinggalkan atau diingati oleh keluarga kita. Tetapi yang paling penting adalah apakah matlamat yang kita capai.

Tak kisahlah matlamat kita apa pun samada nak mejadi seorang peguam ataupun doktor, tapi yang paling penting adalah matlamat kita tercapai. Kita boleh tengok yang baru-baru ini, matlamat seorang angkasawan yang telah tercapai untuk sampai ke angkasa. Kita nampak apabila matlamat kita tercapai, itu akan menjadikan kita sebagai manusia menjadi lebih positif dan akan meneruskan perjuangannya dalam kehidupannya.

Bila kita punyai matlamat kecil maka kecillah hasilnya, dan sekiranya kita punyai matlamat yang besar maka besarlah hasilnya.

Mentor Jutawan #4: Chef Li (Jutawan Senyap)
*Mengenai perlunya idola/mentor

Kita memerlukan idola dalam bidang yang kita nak kerjakan. Sebab, bisnes ini bukan suatu yang mudah buat terus menjadi, selalunya lari jauh daripada apa yang kita rancang. Jadi apabila kita jumpa dengan idola yang tepat, kita akan mendapat nasihat-nasihat yang positif. Jadi maknanya, dalam berkawan pun kena pilih juga dah jadi usahawan-usahawan ini. Tak sesuai lagi kita dah jadi usahawan ini kita berkawan dengan orang yang minat memancing, minat burung dan sebagainya.

Bila kita meluahkan susah payah kita pada beliau, dia akan kata ‘dah kata dulu dah, bisnes memang macam tu, susah’, tapi kalau kita jumpa satu rakan ataupun seorang idola, ataupun seorang mentor yang memang seorang usahawan yang tulen, bila kita mengadu padanya ‘aku berniaga ni dah dua minggu, merosotlah, tak mencapai sasaran’. Dia akan tanya ‘Berapa jualan engkau sekarang?’. ‘Dulu-dulu selalu lima ratus, sekarang cuma empat ratus’. ‘Empat ratus bagus lagi, aku dulu pernah lima puluh saja’.

Mentor Jutawan #5: Billi Lim (Jutawan berani gagal)
*Mengenai kegagalan

Pada saya ‘When you lose, don’t lose the lesson’. Maksudnya bila anda gagal, jangan lupakan pelajarannya. Setiap yang kita buat adalah pelajaran. Mungkin bukan hasil apa yang kita nak, tapi apa sahaja yang terjadi, anda akan belajar dari kesilapan dan tugas anda adalah tidak mengulangi kesilapan yang sama.

Sebagai contoh, dalam satu temuduga dengan Bill Gates ‘What type of people you would like to employ?. Bill Gates jawab ‘I would employ person, who have failed before, the reason I want to employ is because I don’t want him to fail in my company, so he must fail in other people’s first!

Boleh katakan sekiranya seseorang itu diberi peluang ke dua, kesetiaan dan tenaga akan bertambah. Memang betul, daripada pengalaman saya, sesiapa yang pernah gagal, akan menjadi lebih baik kemudian. Tiada sebarang inovasi akan terjadi sekiranya seseorang itu takut gagal!

Mentor Jutawan #6: Abang Abu (motivator)
*Mengenai strategi mencapai matlamat semudah A-B-C-D

A itu adalah Aim. Ada orang yang tiada aim, ada juga yang banyak sangat aim. Kita kena tanya diri kita, apa matlamat kita buat sesuatu perkara. Matlamat kena satu, kerana ramai selalunya mempunyai banyak sangat matlamat.

B pula adalah believe, iaitu percaya akan matlamat kita. Ramai mempunyai impian besar tetapi tidak mencapainya, kerana kita mesti percaya akan impian tersebut. Contohnya Edison, ramai yang mengatakan beliau gila kerana cuba mencipta lampu beratus kali. Tetapi beliau percaya dalam matlamat beliau.

C adalah courage. Berani untuk apa? Mungkin berani untuk gagal. Misalannya kita tidak perlu takut jika kita membuat sesuatu itu gagal atau tidak menjadi Keberanian menerima kegagalan sendiri dan berubah!

D pula Do it, kalau nak duit kena do it. Kalau kita nak sesuatu, kita kena lakukan sesuatu untuk mencapainya. Jangan berhenti sehingga kita mencapai apa yang kita nak.

Mentor Jutawan #7: Dato’ Hussamuddin (Pengasas Kumpulan Karangkraf!)
*Mengenai mengendalikan kakitangan

Di Karangkraf sekarang kita ada 1100 karyawan. Tetapi saya tak rasa susah handle mereka, kerana saya memberi ruang kepada setiap insan yang ada di Karangkraf untuk berkembang dengan pace mereka sendiri.

Saya percaya, kalau kita beri seseorang kepercayaan, dia akan boleh berkembang. Jadi di Karangkraf, saya percaya kepada memberi peluang. Saya beri mereka tanggungjawab, dan biar mereka berkembang. Setiap team diberi autonomi untuk mengendalikan majalah mereka sendiri.

Saya bagi peluang, saya bagi ruang, saya bagi guideline dan saya delegate kuasa dan authority kepada setiap orang untuk berkembang. Ia ibarat anak, kalau kita kongkong sangat, anak itu akan jadi memberontak. Tapi kalau kita bagi galakan, garis panduan, anak tersebut boleh berjaya. Itulah prinsip yang kami amalkan.

Mentor Jutawan #8: IK- Saya sendiri!
*Mengenai pengorbanan dalam menuntut ilmu

Kerja yang saya lakukan sebagai tukang cuci memberikan pengalaman kepada saya, setiap pagi selama dua tahun, sebelum memasuki kelas ataupun kuliah di universiti, saya akan bekerja sebagai tukang cuci pasaraya dan tandas untuk mendapatkan wang tambahan. Saya lakukan ini selama 2 tahun.

Dengan wang tambahan tersebut saya akan ke kedai buku pada hujung minggu untuk membeli buku-buku kejayaan untuk melengkapkan lagi diri saya tentang ilmu-ilmu kejayaan. Jadi di situ, saya dapat mempelajari bahawa kita perlu mempunyai satu disiplin yang kuat untuk berjaya dalam bidang apa sahaja yang kita masuki.

Kemudian barulah saya memulakan perniagaan dan mempelajari tentang ilmu perniagaan ini iaitu perniagaan Internet. Di situ rezeki mula berpihak kepada saya.

*******

Sekiranya anda ingin mendalami lebih banyak lagi permata-permata 8
Mentor Juatwan ini, lawati http://www.bisnesdigital.com/mentor-jutawan untuk
transkripsi keseluruhan temubual!

===================
ANDA MEMILIKI BLOG?
===================

Sekiranya anda memiliki BLOG, anda boleh memasukkan isi kandungan email ini (sebahagian atau sepenuhnya) di blog anda. Cuma kami minta anda juga meletakkan link ke http://www.irfankhairi.com di blog anda. Terima kasih!

Berita Perjumpaan “WangCyber.com”

Pada hari Ahad 3 Ogos 2008, saya bertolak dari Penang menaiki pesawat Fire Fly pada pukul 8:10 pagi. Ini merupakan kali pertama saya menaiki pesawat Fire Fly dan ianya mengingatkan saya kembali ketika menaiki pesawat kecil semasa terbang ke Pulau Tioman 10 tahun dahulu. Memang kadang-kadang saya ni fobia sikit bila naik kapal terbang kecil macam ni.

Kalau nak tahu macam mana rupa pesawat Fire Fly yang saya naiki ni, anda boleh lihat di bawah:

Fire Fly

Adik saya yang belajar di Shah Alam datang mengambil saya di lapangan terbang Subang dan dipendekkan cerita, saya bertemu dengan Gobala Krishnan di hadapan Subang Parade pada sekitar pukul 1:30 tengah hari. Dari Subang Parade, Gobala dan saya bertolak ke Perjumpaan WangCyber dengan kereta beliau.

Di perjumpaan tersebut, sudah ramai yang telah mendaftarkan diri dan ber”networking”. Antara yang hadir adalah Shuth, Dr Irfan Khairi, Alang, Syed Ikhwan, Labanon, Galadriel, Badruzamani, Bitol, Maizul, Osman Affan, Noorizam Shan, Kartunis Ubi, Catzer dan ramai lagi (maaf tak dapat senaraikan semua nama).

Kami pun apa lagi… join sekaki… :)

Majlis bermula dengan bacaan doa oleh saudara Abooain dan seterusnya ucapan daripada pengasas WangCyber, Shuth. Ianya diikuti dengan forum perbincangan yang dipengerusikan oleh saudara Osman Affan. Panel forum terdiri daripada Sabri Saifulsham, Gobala Krishnan dan Yusri.

Perjumpaan WangCyber

dari kiri: Osman, Sabri, Gobala dan Yusry

Kemudian Dr. Irfan Khairi mendedahkan cara bagaimana anda boleh menjadi jutawan dengan menjual produk di dalam pasaran tempatan. Tidak dinafikan bahawa tip yang diberikan beliau adalah praktikal dan memang boleh dilakukan oleh usahawan internet tempatan. Dan tak mustahil ramai yang akan mengaplikasikan tip yang beliau berikan di dalam Gathering WangCyber ini, dan saya rasa sesi bersama Dr Irfan Khairi ini sangat berharga kepada semua.

Irfan Khairi

Dr. Irfan Khairi

Inilah kali kedua saya bertemu Dr Irfan (kalau email atau talipon tu ada la). Beliau memang seperti yang saya jumpa dahulu dan semestinya mempunyai penuh confidence dan karisma. :)

Seterusnya sesi bergambar dan “networking” diteruskan.

Wangcyber Gathering

 

Gathering WangCyber

 

perjumpaan wangcyber

 

gathering wangcyber

 

wangcyber gathering

Saya juga ada memberikan satu peluang kepada sesiapa yang hadir pada hari itu untuk menyertai projek terbaru saya. Kalau anda pergi, anda mesti tahu apa yang terkandung di dalam kertas 2 mukasurat yang diberikan tu. :)

Akhir sekali, Irwan Dahnil menghantar saya ke KL International Airport untuk saya balik ke Penang. Kapal terbang bertolak pukul 8:20 dan saya tiba di Penang pada pukul 9:10 malam.

Pada saya, perjumpaan WangCyber untuk pertama kalinya ini adalah menepati matlamatnya. Tahniah diucapkan kepada penganjur dan semua yang terlibat di dalam majlis ini.

Terima kasih juga saya ucapkan kepada Gobala Krishnan dan Irwan Dahnil kerana sudi menjadi drebar saya pada hari tersebut. :)

Akhir sekali, jangan lepaskan peluang anda untuk menyertai majlis seumpama ini pada masa akan datang. Pengalaman yang dilalui terlalu berharga untuk digambarkan.

Zamri Nanyan

ps. Gambar kelabu sikit sebab guna kamera talipon je…

Info Millions! Akhirnya saya dedahkan…

…kenapa saya jual Info Millions pada harga termurah dan berapa harga sebenar yang saya boleh jual… (case study)

Sebelum ini saya katakan produk Info Millions yang saya jual adalah yang termurah pernah anda lihat di internet.

http://rahsia.bisnesdigital.com/perniagaan-internet/info-millions-pada-harga-paling-rendah

Ini disebabkan saya belum lagi memulakan langkah untuk membina surat jualan, laman web dan promosi jualan produk ini secara teratur. Salinan CD juga belum dilakukan secara profesional.

Sekiranya saya lakukan apa yang saya nyatakan di atas, produk ini boleh dijual sehingga USD$549 (RM1,757) seperti yang dilakukan oleh Patric Chan di laman web beliau, www.ragstomilliondollars.com.

(ya, kami mempunyai produk resell rights yang sama)

Walaubagaimanapun, produk Info Millions sudah pun menghasilkan lebih RM3K+ dalam masa yang singkat buat saya - sebelum saya lakukan sesuatu untuk menjualnya secara serius.

Kenapa?

Kerana produk sebegini merupakan produk yang mempunyai permintaan yang tinggi.

Klu - ramai orang ingin mengetahui rahsia membina kekayaan di dalam hidup mereka.

Sekarang, bayangkan berapa yang saya dapat perolehi sekiranya produk ini dipakejkan seperti yang dilakukan oleh Patric Chan.

Tentu banyak, bukan?

Jadi, sekiranya anda ingin membina bisnes di internet tetapi tidak mempunyai produk sendiri, ini adalah contoh terbaik untuk anda memulakannya.

“Dapatkan produk yang mempunyai Resell Rights (Hak Jualan Semula) dan jual semula mengikut kreativiti anda”.

Patric Chan memberi nama baru kepada produk yang mempunyai Resell Rights ini, mencipta imej baru, menulis surat jualan yang efektif dan menjualnya terus di internet pada harga USD$549.

Saya belum lagi mempunyai laman web jualan untuk produk ini dan melakukan sebarang aktiviti khusus untuk produk ini.

Tetapi Patric dan saya sudah sama-sama menghasilkan jualan daripada produk yang dicipta oleh orang lain.

Konsep mendapatkan resell rights untuk menjana pendapatan di internet ini saya terangkan di dalam ebook saya “Rahsia Perniagaan Digital” tetapi tip yang saya berikan di dalam artikel ini merupakan tambahan kepada apa yang anda perolehi di dalam ebook tersebut.

http://www1.bisnesdigital.com

Saya harap ilmu yang diberikan di dalam artikel ini berguna untuk bisnes anda.

ikhlas,

Zamri Nanyan

ps. Info Millions yang dijual di blog ini ialah untuk Volume 1. Volume 2 dijual berasingan.

Perjumpaan WangCyber dan Tip Berguru

Apa khabar?

Percaya atau tidak, sudah lebih seminggu satu keluarga saya batuk dan demam… on and off…

Hari ni pun, anak-anak saya tidur aje sebab tak sihat.

Saya harap hari Ahad nanti saya akan kembali sihat… sebabnya saya akan menghadiri satu perjumpaan WangCyber di KL.

Jika anda belum mendaftar untuk menghadiri perjumpaan ini, jangan lupa lakukannya sekarang.

Saya yang dari Penang ni pun akan turun bertemu anda. :-)

Detail… ada di…

www.wangcyber.com/pengumuman/wc-gathering

Anda boleh lihat sendiri berapa ramai usahawan internet yang anda kenali akan menghadirkan diri nanti.Baiklah, hari ini saya ada satu tip untuk dikongsi bersama.

Sebelum itu, mari lihat email yang saya dapat baru-baru ini:

a’kum encik zamri..

saya duduk penang jugak. boleh kita jumpa.
bila2 free time. ada contact number tak??

Ini ialah di antara email yang selalu dikirimkan kepada usahawan internet yang meminta nombor talipon dan berjumpa secara bersemuka.

Pada awal penglibatan saya di dalam bisnes internet, memang ada sekali saya berikan nombor talipon kepada orang yang saya tidak kenali.

Kemudian, saya ada juga berikan konsultasi percuma kepada beliau… dan seterusnya set meeting di Kuala Lumpur selepas saya datang bercuti di bandaraya tersebut.

Malangnya, pelbagai alasan diberikan oleh orang tersebut dan akhirnya saya tidak berjumpa dengan beliau.

Beliau menghubungi saya lagi tetapi saya tahu bahawa beliau bukanlah “student” yang saya inginkan.

Di dalam penglibatan saya di dalam bisnes ini juga, saya ketemu dengan satu falsafah yang terkenal…

“When the student is ready, the teacher will appear”.

Maksudnya, apabila pelajar tersebut bersedia, gurunya akan hadirkan diri.

Semenjak daripada itu, saya tidak akan berikan nombor talipon peribadi saya kepada mereka yang saya tidak kenali (kecuali nombor talipon bisnes saya) dan saya tidak akan berjumpa dengan orang yang saya tidak kenali kecuali di perjumpaan yang sesuai.

Ayat di atas juga bermaksud bahawa sebenarnya guru yang dicari sudah sedia ada - cuma beliau tidak hadirkan diri disebabkan pelajar tersebut tidak mencari beliau (sedia untuk belajar).

Dalam ertikata yang lain, anda juga perlu mencari guru anda sendiri untuk belajar sesuatu yang anda tidak ketahui.

Berbeza dengan konsep pembelajaran di sekolah, di mana anda diberikan segala maklumat yang disediakan berdasarkan syllabus sekolah, pembelajaran untuk bisnes (seperti bisnes internet) adalah berlainan.

Inilah sebabnya juga terdapat pelbagai seminar dan workshop yang dianjurkan. Segalanya disediakan oleh guru yang menganjurkan seminar atau workshop tersebut.

Persoalannya ialah… adakah anda akan berusaha berjumpa dengan guru tersebut untuk mempelajari apa yang dihajati.

Sebagai contoh yang mudah, saya pernah menghadiri satu workshop yang dianjurkan oleh Azizi Ali tentang menerbitkan sebuah buku dalam masa 88 hari.

Sebelum pergi ke workshop tersebut, saya tidak tahu sesuatu pun mengenai proses penerbitan sesebuah buku.

Yang saya pasti ialah saya ingin mempelajari bagaimana menerbitkan buku saya sendiri dan berazam untuk menghasilkan paling kurang satu buku saya sendiri.

Maksudnya… saya sudah sedia untuk diperturunkan ilmu bagaimana menerbitkan sebuah buku.

Hasilnya… buku “The Ultimate Blueprint Of Internet MLM Success” diterbitkan pada 2007 dan terjemahan buku ini “Rahsia Bisnes MLM Di Internet” diterbitkan pada 2008. (Maklumat lanjut ada di http://rahsia.bisnesdigital.com/perniagaan-internet/rahsia-bisnes-mlm-di-internet-buku-terbaru

Pada masa yang sama juga, saya sentiasa mencari guru baru bagi pembelajaran berterusan saya. Saya pasti anda pun tahu bahawa proses pembelajaran tidak akan tamat sehinggalah ke akhir hayat.

Disebabkan proses pembelajaran ini berterusan, pencarian guru baru juga tidak terhenti… dan inilah yang saya rasa sebuah rahsia kejayaan bagi mereka yang sentiasa inginkan sesuatu yang hebat di dalam hidup.

Teruskan proses mencari mentor kejayaan anda.

ikhlas,

Zamri Nanyan

ps. Jangan lupa dapatkan ebook Mentor Jutawan di http://www.bisnesdigital.com/mentor-jutawan

Ulasan E-Book “Rahsia Zango”

Semalam, saudara Samsul Zamzuri Abu Bakar atau lebih dikenali ramai dengan panggilan Alang menghadiahkan saya ebook terbaru beliau yang bertajuk “Rahsia Zango“.

Bila terbaca sahaja perkataan Zango Cash, saya tak dapat bayangkan bagaimana orang biasa seperti anda dan saya dapat menjana pendapatan mudah daripada program ini. Percaya atau tidak? Alang sudahpun menjana sebanyak USD$50 setiap hari dengan cara yang dinyatakan di dalam ebook Rahsia Zango ini.

Yang lebih menarik lagi, Alang cuma baru bermula dengan Zango Cash pada pertengahan bulan Jun dan hasilnya sudah pasti memberansangkan (dan pantas).

Pada mulanya, saya ingatkan Zango Cash adalah perkhidmatan meletakkan fail di laman web pihak ketiga seperti Rapidshare atau Megashare. Rupa-rupanya tekaan saya meleset sama sekali kerana Zango Cash bukanlah perkhidmatan menyimpan fail di server mereka (maklumat lanjut ada di dalam ebook Rahsia Zango). Ini membuatkan saya lebih tertarik untuk membaca ebook ini.

Helaian demi helaian saya belek dan akhirnya saya pasti ebook Rahsia Zango yang cuma 17 mukasurat ini boleh dipraktikkan oleh mereka yang ingin menjana pendapatan melalui internet dengan jalan yang ringkas dan “straight to the point”. (nota* jangan terkeliru kerana ebook yang kurang helaian mukasuratnya kadang-kadang lebih bernilai daripada ebook yang mempunyai 1000 mukasurat - ebook ini adalah contoh tersebut).

Mungkin ada banyak cara lain yang boleh dicuba untuk menjana pendapatan menggunakan Zango Cash tetapi Alang memberi fokus kepada pemasaran video untuk memantapkan lagi pendapatan dan trafik ke laman web yang ingin anda promosikan.

Lihat sendiri kandungan ebook Rahsia Zango ini:

page 2 …………………………… Pengenalan
page 3 …………………………… Membina Laman Web Untuk ZangoCash
page 10 ………………………….. Mempromosi Laman Web
page 11 ………………………….. Memohon Akaun ZangoCash
page 13 ………………………….. Tips-Tips Mengoptimakan ZangoCash di Laman Web Anda
page 17 ………………………….. Penutup

Bukan setakat itu sahaja, Alang juga menyediakan perkhidmatan pemasangan laman web yang sesuai untuk program sebegini supaya ianya memudahkan lagi kerja anda yang cuma perlu mempromosikan laman web fokus untuk Zango Cash ini.

Forum perbincangan juga disediakan kepada pembeli untuk berinteraksi dan berbincang tentang bagaimana menghasilkan pendapatan melalui Zango Cash ini. Jika ada masalah dengan kandungan ebook Rahsia Zango ini, Alang sudi menjawabnya di forum tersebut. Di samping itu, program affiliate juga dibuka kepada pembeli sahaja. Sekiranya anda menjadi pembeli pada hari ini, peluang untuk mempromosikan ebook Rahsia Zango masih luas kerana ebook ini baru sahaja dilancarkan.

Akhir sekali, inilah sebuah ebook yang boleh saya katakan “kecil berbisa” dan saya rasa menepati citarasa saya sebagai orang lama di dalam bidang ini.

KLIK DI SINI
Untuk Dapatkan
ebook Rahsia Zango!

Terima Kasih “Rahsia 10K” Team

Sebenarnya saya nak tulis mengenai perkara ini lebih awal lagi tetapi disebabkan ada perkara-perkara yang tidak dapat mengizinkannya, saya baru boleh melakukannya hari ini.

Baru-baru ini, saya ada membantu team Flarebiz untuk melakukan jualan bagi produk Rahsia 10K mereka. Di akhir pelancaran produk ini, saya jatuh ke tempat kedua di dalam ranking top affiliate. Hasilnya anda boleh lihat di dalam email yang dihantar oleh saudara Adly di sini:

Rahsia 10K

Dan yang mengejutkan saya ialah team Flarebiz juga menghantar satu lagi cenderahati (selain wang tunai di atas) yang berupa jam tangan. Mula-mula tu terkejut juga sebab saya tak pasti siapa yang menghantarnya tetapi selepas membuat pengesahan, memang benar jam tangan ni dari team Flarebiz.

Nak tengok gambarnya? Ada kat bawah ni. :)

Rahsia 10K

Terima kasih saya ucapkan kepada team Flarebiz kerana memberikan hadiah jam tangan dan komisyen sebanyak RM1426 tersebut.